Jamu adalah dianggap sebahagian yang penting dalam amalan-amalan berpantang. Adalah dipercayai bahawa jamu dan makanan yang betul boleh membantu ibu-ibu baru mendapatkan semula tenaga mereka dan menyembuhkan selepas kerja mengandung dan melahirkan anak.
Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:
- mengembalikan tenaga;
- memanaskan badan;
- mengeluarkan lemak dan toksin;
- dan, melawaskan ke bilik air.
Apa yang boleh dan tidak boleh saya makan?
Ibu atau ibu mertua anda, atau pembantu khas anda, akan menyarankan anda memakan jamu serta herba panas seperti halia. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
- mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk";
- memakan hidangan berminyak;
- meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut.
Di mana saya boleh mendapatkan jamu?
Mengikut tradisi, bidan kampung yang mengurut ibu baru dan menemani sepanjang tempoh pantang juga akan merumuskan jamu.Kini, selain menempahkan jamu khas dari bidan kampung, ibu moden boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.
Jika anda inginkan pendapat tentang jenama-jenama yang berbeza, atau tidak pasti mengenai pendekatan yang betul untuk berpantang, atau hanya mahu beberapa tip tentang amalan-amalan pantang-larang, bincanglah dengan ibu-ibu lain! Komuniti ibu mengandung kami mungkin boleh membantu.
Read more: http://www.babycenter.com.my/a1048842/berpantang-jamu#ixzz2ETXm5cKg
No comments:
Post a Comment