Mengikut tradisi, wanita Melayu yang baru bersalin dinasihatkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik.
Faedah urutan tradisional selepas bersalin
Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, urutan selepas bersalin akan:- melancarkan perjalanan darah;
- mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan tertakung;
- menaikkan rahim;
- membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
- memecahkan lemak;
- mengetat dan membentuk tubuh;
- mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
Malah, di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Baru, program kesihatan posnatal Melayu juga merangkumi urut payudara. Ibu-ibu baru juga diajar teknik ini supaya mereka dapat melakukannya di rumah.
Ibu-ibu baru yang melahirkan anak mereka secara normal di hospital-hospital tersebut (unit T&CM ini tidak terdapat dalam mana-mana hospital kerajaan yang lain pada masa ini) boleh menikmati urutan tradisional sebagai sebahagian daripada jagaan perbidanan.
Siapakah yang akan mengurutkan saya?
Mengikut tradisi, bidan kampung yang berpengalaman dalam semua aspek penjagaan ibu sebelum dan selepas bersalin akan pergi ke rumah ibu baru untuk mengurutnya dan membantu beliau menjaga bayi.Dalam persekitaran bandar hari ini, di mana banyak pasangan muda tinggal jauh dari keluarga masing-masing, sistem sokongan ini tidak lagi menjadi pilihan.
Untuk mencari tukang urut yang baik, anda mempunyai beberapa pilihan.
- Tanya ibu anda atau ibu mertua, rakan-rakan yang telah baru-baru ini mempunyai bayi atau rakan sekerja jika mereka tahu sesiapa sahaja yang baik.
- Perkhidmatan pusat-pusat rawatan bersalin dan penjagaan dalam pantang yang menyediakan pakej lengkap dengan urut, bengkung dan jamu.
- Forum ibu mengandung kami juga boleh memberi sedikit petunjuk.
Read more: http://www.babycenter.com.my/a1048836/berpantang-urut-mengurut#ixzz2ETWbuMCy
No comments:
Post a Comment